HALAL KE HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH ?
ukey ! hari ni kechix nax bagi sikit info lah pasal Valentine's Day ! agak-agak k0rang lah kan , HALAL ke HARAM bagi 0rang Islam untuk sambut hari tersebut ? ukey ! nax tahu kena lah bace entry ni sampai abes ukey ?
Islam tidak pernah mengiktiraf Hari Kekasih atau Valentine's Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan d0sa termasuk zina . Kasih sayang dalam Islam diwujudkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim , melawat ketika ada diantara mereka yang sakit , membantu ketika ditimpa kesusahan serta menyatukan mereka yang bertelagah ( bergaduh ) .
JIKA ADA UMAT ISLAM YANG PERNAH ATAU BERCADANG UNTUK MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEKASIH YANG DIADAKAN PADA 14 FEBRUARI ITU , MEREKA PERLU SEGERA BERTAUBAT !
Amat menyedihkan kerana segala maklumat serta seruan Islam berkaitan pengharaman sambutan Hari Kekasih itu sudah diperjelaskan dan disebarkan tetapi mereka tetap ingkar . Biasanya sambutan itu diraikan pasangan dengan penuh unsur maksiat seperti keluar berdua-duaan , berpeleseran sehingga membawa pasangan melakukan hubungan seks ! Perbuatan yang mereka lakukan itu , diibaratkan sebagai ' persembahan ' membuktikan kesetiaan cinta mereka . Tarikh itu dianggap hari ' meraikan ' kisah cinta mereka dan sudah tentu apa saja kemahuan serta pujuk rayu akan dipenuhi pasangan masing-masing .
Di Malaysia , larangan menyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching , Sarawak , yang menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya . Islam melarang umatnya terbabit secara langsung dengan sambutan itu atau duduk dalam majlis yang mempersendakan Islam .
Allah berfirman yang bermaksud " Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan ( oleh orang-orang kafir ) , maka janganlah kamu duduk berserta mereka , sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain . Kerana sesungguhnya ( kalau kamu berbuat demikian ) , tentu kamu serupa dengan mereka . Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam " (Surah An- Nisa ayat 140 ) .
MEMBERIKAN HADIAH BERSEMPENA HARI KEKASIH MENJADI HARAM MALAH MENGIRIM UCAPAN CINTA ATAU KASIH SEMPENA VALENTINE JUGA DILARANG OLEH ULAMA .
Berdasarkan sejarah , Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol . Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol . Sebab itu , Ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam . Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol .
ps :Da faham ? s0o please kepada u0lz yang beragama Islam , janganlah korang ikot budaya Barat yang mahu merosakkan akidah , fahaman serta budaya umat Islam .

Labels: sharing is caring :)
Sincerely : |
KECHIX | : De' 0wner Here ~~
♥
SUKA entry di atas ? jangan lupa LIKE taw :)